Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN  BAGI TAHUN 2015

KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)

 

Pihak Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad (KSK MAS) telah membuat penyerahan cek Zakat Perniagaan KSK MAS bagi Tahun 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 15hb. Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Pejabat berkenaan.

 

Dalam Majlis tersebut, pihak KSK MAS yang diwakili oleh Naib Pengerusinya, En. Mohamad Saadi b Padel telah menyerahkan cek berjumlah RM349,226 kepada Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan b Abd Hadi. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Imam Besar MAIK, Pegawai-Pegawai MAIK, Barisan Anggota Lembaga KSK MAS dan Anggota Perwakilan KSK MAS serta pihak Urusetia KSK MAS.

                                   

Selain daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, sebelum ini, pihak KSK MAS juga telah menyerahkan Cek Zakat Perniagaan kepada Negeri Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Mengikut pengiraan statutori, jumlah Zakat Perniagaan KSK MAS pada Tahun 2015 adalah berjumlah RM498,894 keseluruhannya dan ini merupakan jumlah yang tertinggi dalam sejarah penubuhan KSK MAS selama 41 Tahun.

Tujuh Puluh peratus (70%) daripada jumlah tersebut telah disalurkan kepada pihak MAIK dan bakinya sebanyak Tiga Puluh peratus (30%) lagi telah diagih-agihkan sendiri oleh KSK MAS kepada Rumah Anak-Anak Yatim, Sekolah-Sekolah Tahfiz dan Pertubuhan kebajikan Mualaf pada bulan Ramadhan yang lalu di Pusat Mukhtamar Islam MAB, Sepang, Selangor.

 

 

 

 

2808068
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
164
2790997
26997

29-03-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay