Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad pada mulanya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad. Ianya ditubuhkan pada 15hb Januari 1974 hasil daripada kesepakatan dan muafakat seramai 150 orang Anggota yang merupakan kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS). Maka dari situ, tertubuhlah Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad. Pada awalnya jumlah Anggota yang berdaftar adalah seramai 150 orang dan 90% daripadanya adalah dari Jabatan Kejuruteraan.
 
Pada 21hb Mei 1985 nama Syarikat Kerjasama Pekerja-pekerja MAS Malaysia Berhad telah diganti dengan nama yang baru iaitu Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad sehinggalah sekarang. Selepas 34 tahun beroperasi jumlah keanggotaan yang berdaftar sebagai Anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad telah meningkat melebihi 14,000 orang pada tahun 2005. Selepas MAS memperkenalkan MSS (Mutual Seperation Scheme) pada tahun 2007, jumlah anggota telah berkurangan dan sehingga 31hb Disember 2015, jumlah sebenar anggota adalah 11,814 orang. Aktiviti utama Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad ini ialah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada anggotanya.