Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

KEANGGOTAAN

Keanggotaan

KEBAJIKAN

SENARAI FAEDAH & KEBAJIKAN KSK MAS

1)  BENCANA ALAM (Anggota)

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

Kebakaran (1 kali setahun)

1,000.00

Banjir (1 kali setahun)

500.00

Angin Ribut (1 kali setahun)

500.00

Gempa Bumi (1 kali setahun)

500.00


2)  KHAIRAT KEMATIAN (Anggota) 

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

Kematian Biasa

20,000.00

Kematian disebabkan kemalangan

30,000.00


3)  SUMBANGAN ELAUN HOSPITAL (Anggota)

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

Minima 3 hari dan ke atas (2 kali setahun)

200.00


4)  DIBERHENTIKAN KERJA ATAS DASAR KESIHATAN (MEDICAL BOARD) (Anggota)

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

Diberhentikan Kerja Atas Dasar Kesihatan (Medical Board)

10,000.00


5)  BANTUAN PERSEKOLAHAN 
      (Anak-Anak Bekas Anggota yang telah Meninggal Dunia)

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

a) Tahun 1 (7 Tahun)

150.00

b) Tahun 2 – 6 (8 Tahun – 12 Tahun)

100.00

c) Tingkatan 1/Peralihan (13 Tahun)

250.00

d) Tingkatan 2 – 5 (14 Tahun – 17 Tahun)  

200.00

e) Tingkatan 6 Atas & Bawah (18 Tahun – 19 Tahun)

500.00

f) Kemasukan ke IPTA/IPTS (Kali Pertama Shj)

1,000.00


6)  ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 
    Diberikan kepada anak-anak Anggota/ Bekas Anggota yang telah meninggal dunia yang  
    mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan berikut:-  

Bil

Jenis Peperiksaan

1.

SPM

2.

STPM / STAM

3.

TAHFIZ

                         

7)  SUMBANGAN KEMATIAN (Anggota Keluarga)     

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

a) Suami

500.00

b) Isteri

500.00

c) Anak

500.00

d) Ibu (Anggota Bujang)

500.00

e) Bapa (Anggota Bujang)

500.00

                          

8)  SAGUHATI ANGGOTA BERSARA UMUR 60 TAHUN :-

Kategori

Jumlah Sumbangan (RM)

Bersara Umur 60 tahun dan telah menjadi anggota 20 tahun secara berterusan

1,000.00

 

 

Syarat-syarat Menjadi Anggota KSK MAS

Kelayakan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Malaysia Airlines Berhad dan subsidiari- subsidiarinya dan syarikat – syarikat bersekutu

·       - Malaysia Aviation Group (MAG);

·       - bekas subsidiari atau syarikat bersekutu MAS;

·       - bekas subsidiari atau syarikat bersekutu MAG.

 

Permohonan Untuk Menjadi Anggota 

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dengan menggunakan borang asal  yang disediakan oleh pihak KSK MAS   atau dari laman web  KSK MAS
  • Sila sertakan salinan :-

·        Kad Pengenalan    ( Depan  & Belakang )

·        Kad Perkerja        ( Depan  & Belakang )

·        Surat Pengesahan Jawatan

 

Proses Pendaftaran

  • Bayaran proses pendaftaran masuk Anggota sebanyak RM10.00 akan dibuat melalui potongan gaji iaitu setelah permohonan tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga KSK MAS.
  • Bekas Anggota yang memohon untuk menjadi Anggota semula dikenakan fee masuk atau bayaran proses sebanyak RM50.00.

 

Potongan Untuk Saham

  • Bayaran saham sebanyak RM200.00 mestilah dijelaskan oleh setiap Anggota  baru.
  • Bayaran boleh dibuat melalui potongan gaji dalam tempoh lima (5) bulan berturut -turut setelah permohonan tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga

 

Potongan Untuk Yuran

  • Setelah saham Anggota genap RM200.00 yuran bulanan seterusnya akan ditolak melalui potongan gaji.
  • Potongan minimum yuran bulanan RM30.00 sebulan, tiada had maksimum yuran bulanan yang ditetapkan bergantung kepada kelayakan potongan gaji.
  • Potongan yuran RM1,000.00 dan ke atas setiap bulan perlu menyertakan kelayakan, penyata gaji terkini (asal) dan salinan sebagai pengesahan kelayakan.

 

Terhenti Daripada Menjadi Anggota

  • Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga

    Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut:

    ·        - Meninggal Dunia

    ·        - Menarik Diri

             - Telah mencapai umur enam puluh (60) tahun

    Anggota yang telah berhenti notis selama dua belas bulan dan ingin memohon menjadi Anggota semula, mesti genap setahun dari tarikh surat permohonan yang akan diluluskan oleh Setiausaha.

Pembayaran Dividen Tahunan

  • Pemberian Dividen kepada Anggota tertakluk kepada keuntungan tahun kewangan yang berakhir pada 31hb Disember setiap tahun.

 

Kemudahan Menjadi Anggota KSK MAS

1.  PEMBIAYAAN  

Kemudahan Pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut :-      
1. Pembiayaan Dijamin Simpanan
2. Pembiayaan Peribadi
3. Pembiayaan Segera 

    Nota: Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Dan Syarat-Syarat Pembiayaan KSKMAS     

 

2. PAJAK GADAI ( AR-RAHNU )

    Nota:   Tertakluk Kepada Syarat-Syarat Gadaian

 

3. INSURANS / TAKAFUL

     A.  Takaful / Insurans Hayat

          i. Pelan Takaful Keluarga Barakah - Etiqa Takaful
         ii. Pelan Takaful Bestari - Etiqa Takaful
        iii. Pelan Takaful Mutiara - Etiqa Takaful
        iv. Skim Insurans Berkelompok Takaful Ikhlas                    

      B.  Takaful / Insurans Kenderaan Berenjin

           i. Takaful Kenderaan Berenjin - Etiqa Takaful
          ii. Takaful Kenderaan Berenjin - Takaful Ikhlas

 

4. SIMPANAN BULANAN MELALUI CARUMAN YURAN

     Potongan gaji bulanan serendah RM 30.00

 

5. PEMBAYARAN DIVIDEN

 

2808894
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
990
2790997
26997

29-03-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay