PEKELILING
Kepada : Semua Anggota
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Daripada : Bendahari
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Perkara : Notis Pembekuan Transaksi 2024
Tarikh : 05hb Disember 2024
Adalah dimaklumkan bahawa semua transaksi kewangan KSK MAS bagi tahun 2024 akan dibekukan bermula pada 23hb Disember 2024 sehingga 01hb Januari 2025. Ini adalah bagi membolehkan Jabatan Akaun KSK MAS mengemaskini dan menyediakan Penyata Tahunan Kewangan Berakhir 31hb Disember 2024.
Namun begitu, Anggota masih boleh menghantar surat ikatan janji, tuntutan, notis pemberhentian yang melibatkan pemulangan saham dan yuran serta lain-lain permohonan di kaunter. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
Semua transaksi akan beroperasi semula seperti biasa bermula 02hb Januari 2025.
Pihak Anggota Lembaga KSK MAS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan Anggota KSK MAS dalam menjayakan segala aktiviti KSK MAS di sepanjang tahun 2024 ini.
Dengan hormatnya
b/p KSK MAS (M) BHD
Haji Khairuddin bin Mohamad Sidek
Bendahari
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad