Tarikh : 13hb. Ogos 2017
Hari : Ahad
Masa : 12.00 - 2.00 petang
Tempat : Berhadapan Kaunter Tabung Haji
(TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD)
Aras 5, Balai Berlepas,
Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
Jumlah Jemaah Haji : 50 orang termasuk pasangan
Hadir : Pengerusi MAB - Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof & Pihak Pengurusan MAB
: Pengerusi KSK MAS - En. Mohamad Ishak b Hj Abdullah
: Bendahari KSK MAS - Pn. Hjh Haslinda bt Shamsudin
: Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan (JIPK) - En. Mohd Fauzi b Daud
: Anggota JIPK - En. Zolkifle b Nasip
: Urusetia JIPK - Pn. Zainon bt Rais
- Cik Wan Ros Fazreen bt Wan Rosdi
- Pn. Nurul Farehah bt Habib
- En. Rahimee b Ab Manan
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Jawatankuasa Kebajikan Islam MAB (JKIM) diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi MAB, Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof.
Acara Penyerahan Sumbangan berupa Wang Tunai ini telah dilakukan bersama-sama dengan penyerahan ~Bording Pass' kepada semua Jemaah Haji seramai 50 orang yang terdiri daripada Kakitangan MAB dan pasangan masing-masing. Sumbangan Wang Tunai daripada KSK MAS kepada Jemaah Haji Lelaki telah disampaikan oleh Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof dengan diiringi oleh Pengerusi KSK MAS, En. Mohamad Ishak b Hj Abdullah manakala bagi Jemaah Perempuan telah disampaikan oleh isteri Ybhg. Tan Sri Md Nor b Md Yusof diiringi oleh Pn. Hjh Haslinda bt Shamsudin, Bendahari KSK MAS.
Majlis diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai bersama Jemaah Haji dan bacaan doa oleh pihak JKIM.