Penyerahan Cek Pemulangan Semula Saham dan Yuran kepada Waris Anggota Meninggal Dunia, Allahyarham Abdul Manan b Ya`akub, No. Anggota 028643 dari Jabatan OPS – Tech. Ops Line Maint - KLIA telah disempurnakan iaitu seperti berikut:-
Tarikh Penyerahan : 31hb. Januari 2020
Tempat : Pejabat KSK MAS Cawangan KLIA.
Masa : 3.30 petang
Waris : Pn. Siti Zaharah binti Nordin
Hubungan : Isteri
Turut Hadir : En. Mohamad Ishak b Hj Abdullah (Pengerusi KSK MAS)
: Anggota Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan & Kebajikan KSK MAS (JIPK)
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Pengurus KSK MAS, Dr Yong Salmah bt Nasir dengan disaksikan oleh Ketua JIPK En. Mohamad Fauzi b Daud dan sebahagian Jawatankuasa JIPK. Pengerusi KSK MAS sebagai Wakil KSK MAS telah menyampaikan salam Takziah serta memberi penerangan yang berkaitan Pemulangan Semula Saham dan Yuran yang diterima kepada keluarga Allahyarham.
Bagi pihak keluarga Allahyarham juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.