Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Syukur kepada hadrat Ilahi kerana di atas segala limpah nikmat dan kurnia-Nya, KSK MAS masih
terus dapat menabur bakti dalam menjaga kebajikan para anggotanya.

Berkat perancangan dan langkah-langkah yang diambil serta kerjasama yang erat di antara
barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan KSK MAS, Alhamdulillah hari ini KSK MAS masih terus
berdiri teguh. Saya percaya, selain perancangan dan segala usaha yang telah dilakukan, faktor
utama yang memberi kekuatan ini adalah tekad untuk terus menabur bakti kepada para
anggota; seperti mana yang telah dilakukan untuk sekian lama.

Benar, situasi yang tidak menentu menuntut kita untuk membuat beberapa perubahan yang
perlu demi menurut kehendak dan keperluan semasa. Pun begitu, hakikatnya, KSK MAS tetap
terus menggerakkan kelangsungan legasi seperti kempen keanggotaan, masih berusaha
mendapatkan semula bayaran tertunggak bagi Anggota-anggota yang berhutang dengan
usahasama daripada perkhidmatan ‘Debt Collector’ serta khidmat Peguam bagi
mendaftarkan kes ke Mahkamah Sivil. KSK MAS juga masih menyalurkan sumbangan kepada
Anggota jika mereka dilanda musibah menerusi Tabung Kebajikan Koperasi KSK MAS dan KSK
MAS masih lagi menawarkan kemudahan pembiayaan kepada para anggota yang
berkelayakan. Business as usual. Segalanya seperti biasa.

Dalam masa yang sama, KSK MAS akan terus berinovasi dan bertransformasi seiring dengan
zaman, agar ia kekal relevan dan lestari.

Di kesempatan ini, saya ingin menyeru rakan-rakan saya semua, para anggota KSK MAS yang
dihormati, untuk memandang ke hadapan. Mari kita lihat semua cabaran sebagai peluang
untuk kita membina sesuatu yang lebih baik, lebih berdaya saing dan lebih mampan.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua Anggota KSK MAS atas sokongan dan
kepercayaan di sepanjang tahun 2022. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih kepada pihak
Pengurusan MAS yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada KSK MAS.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada diri saya serta semua rakan Anggota Lembaga
dan Pengurusan KSK MAS agar akan terus menyuntik semangat dan keutuhan dalam
mengekalkan kejayaan dan kecemerlangan pencapaian di masa hadapan.

Kejayaan demi kejayaan terus dihajatkan….
Kemudahan dan kebajikan tidak akan dilupakan…..

Wassalam.

Salam hormat


MOHAMAD ISHAK BIN HJ ABDULLAH
Pengerusi KSK MAS (M) Berhad

 

 

2826988
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
54
2814225
46218

20-04-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay