Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Buat Semua Yang Dihormati, 
 
Dukacita dimaklumkan bahawa operasi pejabat KSK MAS cawangan KLIA akan ditutup sepenuhnya bermula 01hb April 2021. Ini adalah disebabkan pihak KSK MAS telah menerima notis daripada pihak MAG yang mengarahkan supaya bangunan pejabat tersebut dikosongkan selewat-lewatnya sebelum 15hb April 2021.
 
Oleh itu, semua kakitangan KSK MAS cawangan KLIA akan bertugas di Ibu Pejabat (HQ) KSK MAS di Plaza Glomac, Kelana Jaya bermula 01hb April 2021.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan kepada semua Anggota untuk tidak lagi melaksanakan sebarang urusan melalui pejabat cawangan KSK MAS KLIA dan sebarang surat / dokumen perlu di hantar ke alamat Ibu Pejabat KSK MAS, di Plaza Glomac.
 
LOT E-05-1 & E-06-1
BLOK E PLAZA GLOMAC, NO 6
JALAN SS 7/19, KELANA JAYA
47301 PETALING JAYA.
 
Pihak Pengurusan dan Anggota Lembaga KSK MAS memohon maaf atas kesulitan yang dialami.
 
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
 
 
Harap maklum,
 
b/p Pengurusan KSK MAS
1598206
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
1385
1570983
60446

03-12-2021

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay