Kepada : Anggota
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Daripada : Bendahari
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Tarikh : 12hb Jun 2020
MAKLUMAN PENYAMBUNGAN SEMULA POTONGAN GAJI BAGI SEMUA PEMBAYARAN DI KSK MAS
Dengan segala hormatnya perkara di atas serta Pekeliling Penangguhan Pembayaran Pembiayaan Berhubung Covid-19 yang telah dikeluarkan pada 23hb Mac 2020 adalah dirujuk.
Bermula bulan Julai 2020, potongan gaji bagi semua pembayaran di KSK MAS akan berjalan seperti sediakala. Ini adalah kerana pihak KSK MAS telah memberikan penangguhan potongan gaji selama 3 bulan bermula daripada bulan April 2020 sehingga Jun 2020.
Sekiranya Anggota mempunyai pertanyaan berhubung perkara ini, boleh menghubungi 03-8777 2927/2926 atau ‘whatsapp’ ke 012-9730 141/012-9730 142/012-9730 143 untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Dengan hormatnya,
b/p KSK MAS (M) BHD
Mohd Nasharil Bin Mohd Nasiruddin
Bendahari