Klik untuk download
Klik untuk download

Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

NILAI TERAS

Teras

Pengurusan Risiko
  • Bagi setiap kelulusan aktiviti pembiayaan akan dibuat penilaian berdasarkan liabiliti Anggota bagi mengukur kemampuan pembayaran balik pembiayaan
  • Menyediakan portfolio kewangan yang mampan dan berkeupayaan bagi menampung segala aktiviti perniagaan samada pembiayaan mahupun pelaburan dapat dilaksanakan dengan jayanya
  • Usaha berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan latihan kepada kakitangan untuk melahirkan Modal Insan yang efisien dan dinamik
  • Meningkatkan tahap kesedaran kepada Anggota dengan penyaluran maklumat secara berkesan melalui peningkatan mengakses secara terus kemudahan sistem komputer
  • Memastikan setiap perancangan aktiviti dan perniagaan sejajar dengan kehendak serta perkembangan semasa mengikut peruntukan Akta Koperasi, Dasar Kerajaan serta Akta Pekerja.
  • Menjalankan kajian  dan pemantauan yang berterusan atas senario pasaran semasa agar terus kekal berdaya saing dan kompetatif di pasaran.
Strategi
  • Menambahbaik produk-produk pembiayaan berdasarkan kajian berterusan terhadap Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat pembiayaan selaras dengan perkembangan semasa
  • Memastikan pengurusan yang dinamik dengan tadbir urus yang cekap, telus dan berintergriti
  • Menambah Pemilikan hartanah yang berpotensi tinggi dengan menitikberatkan faktor-faktor risiko
  • Perancangan Struktur Tunai yang berkesan dalam strategi Pelaburan serta mendapat kemudahan Geran / Pembiayaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Kementerian
  • Meningkatkan perkhidmatan kepada Anggota dengan menawarkan sistem talian terus pada tahun 2013
  • Menyediakan peruntukan yang berterusan bagi melaksanakan semua program kebajikan serta sumbangan dengan mengambilkira keperluan semasa Anggota dan masyarakat.
  • Membentuk Perwakilan yang berwibawa dalam mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul di kalangan Anggota dengan berkesan.
  • Memperkasakan pengetahuan kepada Anggota Lembaga, Perwakilan, Anggota serta Kakitangan Koperasi melalui latihan yang telah disediakan oleh Maktab Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

VISI

  • Mengekalkan penarafan Koperasi 5 Bintang Dengan Berpegang kepada Nilai-Nilai Murni.

 

MISI

  • Memastikan peningkatan keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun sekurang-kurangnya 10% pada setiap tahun
  • Merealisasikan Penubuhan Yayasan KSK MAS pada tahun 2014 dan pencapaian 100% penyertaan Anggota keatas sumbangan kepada  Tabung Kebajikan Koperasi
  • Perancangan Portfolio Perniagaan berasaskan 80% Pembiayaan Sediada dan 20% Pelaburan Baru & Harta TakAlih / Bangunan pada Tahun 2015 berlandaskan Syariat Islam
  • Melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan yang telah dirancang bagi menaikkan taraf ImejKoperasi samada di kalangan Anggota atau masyarakat luar.

 

Dasar
  • Memperkembangkan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan pelaburan sejajar dengan kebajikan dan kepentingan Anggota Koperasi.
 
Objektif 
  • Menyasarkan keanggotaan mencapai 90% dari jumlah kakitangan MAS dan Anak-Anak Syarikatnya
  • Menggalakkan semua Anggota menggunakan setiap kemudahan yang ditawarkan dan memberikan sokongan padu yang berterusan
  • Mengenal pasti & mengambil langkah-langkah proaktif dalam menambah baik program-program kebajikan yang telah dilaksanakan berdasarkan maklum balas dan pandangan Anggota selaras dengan perkembangan semasa
  • Memastikan pulangan dividen yang kompetatif kepada Anggota
 
229622
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
549
223502
13513

19-06-2018

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay

Laporan Tahunan 2016/2017

Untuk makluman semua anggota,  salinan Laporan Tahunan KSK MAS 2016/2017 boleh di muat turun dari laman sesawang rasmi KSK MAS www.kskmas.com.my atau mendapatkan naskah yang telah dicetak di mana-mana pejabat KSK MAS samaada di KLIA ataupun di Glomac, Kelana Jaya.