Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Kepada     Semua Anggota
                 Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad

Daripada  Bendahari
                 Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad 

Tarikh      01hb November 2023

PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31HB DISEMBER 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan kadar dividen atas simpanan Anggota KSK MAS bagi tahun kewangan berakhir 31hb Disember 2022 seperti mana yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM); seperti yang berikut :

· Dividen atas Saham Anggota sebanyak 10%
· Dividen atas yuran sebanyak 5% yang mana 3% akan dibayar secara tunai manakala 2% lagi akan dikreditkan ke dalam modal yuran   Anggota
· Dividen atas Simpanan Khas sebanyak 3% 

Anggota yang masih berkhidmat dan tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat-syarikat di bawah Malaysia Aviation Group serta subsidiari dan syarikat bersekutunya, perlu membuat permohonan pengeluaran dividen dengan menghantar emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau SMS/Whatsapp ke 012-9730141 / 012-2940527 dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pekeliling ini dikeluarkan bermula daripada 01hb November 2023 sehingga 01hb Disember 2023. Sekiranya tiada permohonan selepas 01hb Disember 2023, maka dividen tersebut akan dikreditkan ke akaun yuran.

Sila sertakan maklumat berikut semasa permohonan dibuat :

1. Nama Anggota
2. No Kad Pengenalan
3. No Akaun Bank dan Nama Bank (untuk tujuan pembayaran)

Manakala pembayaran dividen akan dibuat secara berperingkat iaitu bermula pada bulan Disember 2023 dan Januari 2024. Bagi Anggota yang masih berkhidmat, pembayaran akan dibuat oleh KSK MAS menerusi majikan Anggota melalui gaji. 

Sila maklum bahawa bayaran dividen secara tunai ini hanya akan dibuat kepada Anggota yang memenuhi syarat-syarat berikut :

· Bagi Anggota berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad dan syarikat-syarikat di bawah Malaysia Aviation Group serta subsidiari dan syarikat bersekutunya
  a) Anggota mestilah telah membuat potongan gaji
  b) Anggota tidak mempunyai bayaran balik pembiayaan yang tertunggak

· Bagi Anggota yang tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines Berhad
  a) Anggota membuat caruman Yuran secara konsisten
  b) Anggota tidak mempunyai bayaran balik pembiayaan yang tertunggak 

Bagi Anggota yang tidak memenuhi syarat di atas, keseluruhan dividen akan didebitkan ke dalam Akaun Yuran, setelah dilaraskan terlebih dahulu dengan baki bayaran balik pembiayaan yang tertunggak dan yang disusun semula.

Semakan kelayakan atau sebarang pertanyaan berhubung pembayaran dividen ini boleh menghubungi di talian 012-9730141 / 012-2940527 atau berurusan di pejabat KSK MAS di Plaza Glomac, Kelana Jaya atau di Kiosk KLIA, Cafe Hanger 6.

Di kesempatan ini, pihak Lembaga Koperasi dan seluruh warga KSK MAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua Anggota KSK MAS selama ini. Segala sokongan dan kerjasama yang baik ini akan menentukan keteguhan dan kelestarian KSK MAS di masa hadapan.

Sekian, terima kasih. 

 

Dengan hormatnya,
b/p KSK MAS (M) BHD

 

HJ. KHAIRUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK
Bendahari

 

 

2850548
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
24
2833715
46218

28-04-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay