Penyerahan Cek bagi Pemulangan Semula Saham / Yuran dan Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) kepada Waris Anggota Meninggal Dunia telah dilakukan seperti berikut:-
Tarikh : 01hb September 2023
Hari : Jumaat
Tempat : Taman Langat Murni Bandar Sri Ehsan
Banting, Selangor
Hadir : En. Mohamad Ishak b. Hj. Abdullah - Pengerusi KSK MAS
En. Mohd Ali b. Hasan@Ibrahim - Setiausaha KSK MAS
En Mohd Fauzi b Daud - Ketua Jawatankuasa (JIPK)
En. Zahari bin Seman - Anggota (JIPK)
En. Mohd Khairudin b. Ahmad - Anggota (JIPK)
Pn. Nur Shafika bt Kamarulzaman - Ketua Urus setia (JIPK)
Pn. Ummu Aiman bt Alimen - Urus setia (JIPK))
Serahan Cek :
1) Allahyarham Mohd Sapuan b. Abdul Ghani
No. Anggota : 014116
Jabatan : Ramp Handling, KLIA
Waris : Pn. Masirah bt Mohd Rezali
Hubungan : Isteri
2) Allahyarham Muhammad Amirul Syafiq b. Azizi
No. Anggota : 031338
Jabatan : Security
Waris : i) Pn Norhasna bt Che Kassim
Hubungan : Ibu
Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Naib Pengerusi KSK MAS, Merangkap Ketua Jawatankuasa (JIPK), En. Mohd Fauzi b Daud dengan disaksikan oleh Pengerusi KSK MAS, Setiausaha KSK MAS dan Anggota Jawatankuasa serta Urus setia (JIPK) .
Sebagai Wakil KSK MAS, beliau telah menyampaikan salam Takziah dan seterusnya memberi penerangan yang berkaitan Pemulangan Semula Saham/Yuran dan Manfaat Tabung Kebajikan Koperasi kepada Waris-Waris berkenaan.
Bagi pihak keluarga-keluarga Allahyarham pula, turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KSK MAS di atas sumbangan yang diberikan.