Kepada : Semua Anggota
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Daripada : Bendahari
Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad
Tarikh : 22hb Oktober 2018
PEMBUKAAN SEMULA KEMUDAHAN PRODUK PEMBIAYAAN KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS (M) BERHAD (KSK MAS).
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
KSK MAS dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kemudahan produk pembiayaan telah dibuka semula. Antara produk pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Jenis Pembiayaan
|
Jumlah Maksima
|
Tempoh Maksima
|
Pembiayaan Dijamin Simpanan
|
85% dari Yuran
|
120 bulan
|
Pembiayaan Peribadi
|
RM 5,000.00
|
36 bulan
|
Pembiayaan Pembaharuan Insuran dan Cukai Jalan Kenderaan
|
RM 2,000.00
|
6 bulan
|
Nota : Tiada penjamin yang diperlukan untuk semua jenis pembiayaan.
Permohonan pembiayaan akan dibuka mulai 22hb Oktober 2018. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang KSK MAS, www.kskmas.com.my atau di pejabat KSK MAS.
Untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi 012-9730 141/ 012-9730 142.
Sekian, terima kasih.
Dengan hormatnya,
b/p KSK MAS (M) BHD
BENDAHARI