As Salam
Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam 1 KSK MAS
Pada 04 October 2024 bersamaan 01 Rabiul akhir 1446 (Jumaat) yang lepas , bertempat di Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, satu sesi majlis penyerahan zakat perniagaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Berhad kepada pihak Pusat Pungutan Zakat -MAIWP telah dilaksanakan
Penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 , berjumlah RM114,564.18, telah disempurnakan oleh En Mohamad Ishak bin Hj Abdullah (Pengerusi KSK MAS) mewakili KSK MAS, kepada En Muhammad Faizul Wahab (Pengurus Kanan Unit Dakwah Perniagaan) mewakili Pusat Pungutan Zakat - MAIWP.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh En Mohd Fauzi bin Daud (Timbalan Pengerusi/ Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan) , En Azhar bin Mat Yahya (Setiausaha) , En Zahari bin Seman (ALK) , En Husnil Amar bin Ibrahim (ALK) , En Rahime bin Ab Manan (Pengurus) , Pn Nur Shafika (Ketua Urusetia) dan Pn Ummu Aiman (Urusetia).
Manakala bagi pihak PPZ - MAIWP, ianya turut dihadiri oleh En Mohamad Imran bin Md Yusuf (Penolong Pengurus Unit Pemasaran Khas) dan En Ahmad Adha bin Ahmad Zohdi (Pengurus Unit Pemasaran Khas)
En Muhammad Faizul dalam ucapan beliau menyatakan bahawa sebagai mewakili pihak PPZ - MAIWP merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak KSK MAS yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat kepada PPZ - MAWIP dan didoakan kepada pihak KSK MAS agar dikurniakan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT serta diberkati segala harta dan perniagaan yang masih ada.