Nilai Teras

Keanggotaan

Produk

Buletin & Galeri

Kepada             : Semua Anggota
                            Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
 
Daripada           : Ketua Jawatankuasa
                            Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan
                            Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (M) Berhad
 
Tarikh                : 12hb Jun 2024 
 
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG SPM/STAM & TAHFIZ KSK MAS BAGI TAHUN 2023
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad (KSK MAS) di bawah Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan menyediakan beberapa skim Faedah dan Bantuan secara langsung (one off) dan tahunan kepada Anggota dan anak-anak Anggotanya. Salah satu skim yang disediakan adalah SKIM HADIAH PELAJAR CEMERLANG.
 
Sehubungan dengan itu semua ibu / bapa (Anggota KSK MAS) mempunyai anak-anak yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta Tahfiz bagi tahun 2023 adalah diminta supaya menghantar salinan keputusan peperiksaan tersebut ke Pejabat KSK MAS sebelum atau pada 12hb Julai 2024 (Jumaat).
 
Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:-
 
A. Keputusan Peperiksaan :-
 
1. SPM  - Keputusan minima 6A termasuk 4 matapelajaran wajib iaitu seperti berikut:-
               i. Bahasa Melayu
              ii. Bahasa Inggeris
              iii. Matematik
              iv. Sains / Fizik / Kimia / Biologi
2. STAM - Mencapai pangkat keseluruhan Jayyid Jiddan dan Mumtaz 
3. Tahfiz - Menghafaz Al-Quran 30 juzuk.
 
B. Syarat-syarat Permohonan:-
 
  1. Anggota KSK MAS yang telah melengkapkan bayaran Saham Wajib RM200.00 semasa tarikh permohonan.
  2. Telah membuat caruman bulanan Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) selama 6 bulan berturut-turut atau membuat caruman Tabung Kebajikan Koperasi (TKK) secara berterusan sebelum tarikh permohonan.
  3. Terbuka kepada semua anak-anak Anggota yang mengambil peperiksaan / Tahfiz dan telah memenuhi syarat (1) dan (2).
  4. Permohonan terbuka kepada anak-anak Anggota yang telah meninggal dunia dan telah membuat caruman TKK sebelum kematiannya.
  5. Sekiranya ibu dan bapa adalah anggota KSK MAS, hanya salah seorang sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
  6. Tempoh penghantaran permohonan adalah mengikut sepertimana yang dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa.
  7. Anggota di kehendaki mengisi borang yang disediakan dan mengemukakan dokumen yang diperlukan.
  8. Semua keputusan adalah tertakluk kepada pihak Jawatankuasa.
 
C. Dokumen yang diperlukan:-
 
  1. Borang Penghantaran Keputusan Peperiksaan.
  2. Salinan Keputusan Peperiksaan yang telah di sahkan oleh pihak Sekolah / Anggota Lembaga / Anggota  Perwakilan / Kakitangan KSK MAS.
  3. Salinan Sijil Kelahiran Anak / Surat Pengesahan (sekiranya anak angkat).
  4. Untuk Pelajar Tahfiz, sertakan Sijil Menghafaz Al-Quran 30 juzuk daripada Mudir / Pengetua Maahad Tahfiz.
 
Sila ambil perhatian, Borang Permohonan boleh di dapati daripada Pejabat KSK MAS di Plaza Glomac Kelana Jaya atau Kiosk KSK MAS Cawangan KLIA atau melalui e-mel makluman atau laman sesawang KSK MAS, www.kskmas.com.my atau dengan menghubungi pihak Urusetia. Dokumen atau maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
 
Nota     :
  1. Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat KSK MAS di Plaza Glomac Kelana Jaya atau Kiosk KSK MAS di cawangan KLIA.
  2. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
  3. Tarikh pembayaran Hadiah Pelajar Cemerlang akan dimaklumkan kemudian.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Urusetia,  Pn. Nur Shafika menerusi  e-mel  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. melalui telefon 012-294 0528 atau  013-462 0392 untuk keterangan selanjutnya.
 
Semua keputusan yang telah dibuat oleh pihak Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS adalah muktamad.
 
Sila ambil perhatian, bagi memudahkan pihak KSK MAS menghubungi Ibubapa pelajar yang terpilih, sila isikan data-data yang diperlukan dengan lengkap semasa menghantar Borang serta dokumen-dokumen yang diperlukan.
 
Bersama ini juga disertakan Borang yang berkaitan bagi memudahkan urusan Tuan/Puan.
 
 
Sekian terima kasih.
 
 
 
MOHD FAUZI BIN DAUD
Ketua Jawatankuasa Imbuhan, Pencalonan dan Kebajikan KSK MAS
 
 
 
 
3034000
Hari Ini
Minggu Lepas
Bulan Lepas
1369
3025967
50981

08-09-2024

Insurans Berkelompok 

KSKMAS @ JomPay